Jumaat, 24 March 2017 | 7:08am

Adam di tangga 10 terbaik

ADAM Norrodin, menutup dua sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Qatar dengan menduduki tangga ke-10 terbaik keseluruhan, awal pagi tadi. - Foto Nazran Jamel
ADAM Norrodin, menutup dua sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Qatar dengan menduduki tangga ke-10 terbaik keseluruhan, awal pagi tadi. - Foto Nazran Jamel

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, menutup dua sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Qatar dengan menduduki tangga ke-10 terbaik keseluruhan, awal pagi tadi.

Pada sesi latihan bebas pertama, pelumba SIC Racing Team itu menduduki tangga ke-10 dengan catatan masa sepusingan terbaik 2 minit 7.856 saat.

Beliau kemudiannya melakukan catatan 2'08.860s pada sesi latihan berikutnya untuk berada di tangga ke-14.

"Keadaan hari ini sedikit sukar. Pada sesi pertama, saya tidak mempunyai banyak cengkaman kerana ada pasir di trek.

"Selain itu, terlalu banyak pelanggaran tetapi saya berjaya untuk kekal tenang dan menemui rentak yang baik.

"Saya tidak terlalu memaksa untuk tahap maksimum, tetapi saya berjaya melakukan catatan konsisten dan menamatkan saingan di tangga ke-10.

"Memasuki sesi kedua, saya berazam untuk melakukan yang lebih baik. Cengkaman menjadi lebih baik dan saya gembira apabila berada di laluan lurus.

"Saya mahu mencapai satu lagi penamat di kelompok 10, tetapi pada minit terakhir saya melakukan kesilapan dan terbabit dalam pelanggaran," kata pelumba berusia 19 tahun itu.

Rakan sepasukan Adam dari Jepun, Ayumu Sasaki, menamatkan kedua-dua sesi berkenaan di tangga kelapan.

Beliau mencatat masa sepusingan terbaiknya 2'07.810s pada sesi latihan pertama.

Keputusan gabungan sesi latihan bebas 1 dan 2

Moto3

1. Philipp Oettl (Sudmetall Schedl GP Racing) 2'06.981s

2. Joan Mir (Leopard Racing) 2'07.239s

3. Gabriel Rodrigo (RBA BOE Racing Team) 2'07.380s

4. Juanfran Guevara (RBA BOE Racing Team) 2'07.388s

5. Romano Fenati (Marinelli Rivacold Snipers) 2'07.414s

6. Marcos Ramirez (Platinum Bay Real Estate) 2'07.426

7. Bo Bendsneyder (Red Bull KTM Ajo) 2'07.432s

8. Ayumu Sasaki (SIC Racing Team) 2'07.810s

9. Niccolo Antonelli (Red Bull KTM Ajo) 2'07.816s

10. Adam Norrodin (SIC Racing Team) 2'07.856s

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X