Jumaat, 7 April 2017 | 8:22pm

Pemuda rentung kereta terbakar selepas rempuh lori


KEADAAN kereta Produa Kelisa yang bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 90, Jalan Jerangau-Jabur, dekat Bandar Al Muktaffi Billah Shah AMBS yang menyebabkan pemandu kereta Wan Abdul Hakim Wan Ahmad(gambar kecil), rentung dalam kejadian kemalangan berkenaan. - Foto Rosli Ilham

KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda rentung apabila kereta PERODUA Kelisa dipandunya terbakar selepas bertembung lori di Kilometer 90, Jalan Jerangau - Jabor, berhampiran Ladang Gajah Mati, Bandar Al Mukhtafi Billah Shah (AMBS), di sini, pagi ini.

Dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 pagi, Wan Abdul Hakim Wan Ahmad, 24, dari Taman Indah, AMBS, meninggal di tempat kejadian.

Komander Operasi Jabatan Bombda dan Penyelamat AMBS, Pegawai Bomba Kanan II, Aziz Mohamad, berkata kemalangan itu dilaporkan berlaku apabila mangsa dikatakan gagal mengawal kenderaan dipandunya lalu terbabas dan bertembung dengan lori tanpa muatan.

Berikutan pertembungan itu katanya, kereta dan lori itu terbakar dan mangsa dikatakan tersepit serta gagal untuk menyelamatkan diri.

"Orang ramai yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian cuba untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit, tetapi gagal berikutan api marak.

"Pihaknya terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memadamkan kebakaran dan mengeluarkan mangsa yang rentung dan tersepit di bawah lori berkenaan," katanya.

52 dibaca
Berita Harian X