Ahad, 9 April 2017 | 11:55am
KERJA mengalihkan pesawat tergerlincir di Lapangan Terbang Sibu dilakukan oleh pasukan kejuruteraan MAS dan petugas Malaysia Airport Berhad.

MH2718 terbabas: 48 penerbangan batal


KERJA mengalihkan pesawat tergerlincir di Lapangan Terbang Sibu dilakukan oleh pasukan kejuruteraan MAS dan petugas Malaysia Airport Berhad.

Sibu: Sebanyak 48 penerbangan keluar dan masuk di Lapangan Terbang Sibu, di sini dibatalkan sehingga jam 10 pagi ini susulan insiden pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH2718 tergelincir sebelum terbabas ketika mendarat malam tadi.

Ia bagi memberi laluan kepada kerja mengalihkan pesawat jenis Boeing 737-800 itu dari lokasi kejadian dan selain proses siasatan.

Sehingga jam 11.30 pagi ini, landasan lapangan terbang itu masih di tutup.


PENGURUS Lapangan Terbang Sibu, Zainudin Abu Nasir.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainudin Abu Nasir, berkata pembatalan penerbangan hari ini membabitkan 28 penerbangan MASwings, empat (MAS) dan 16 (AirAsia).

"Ia membabitkan penerbangan masuk dan keluar bagi destinasi Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Bintulu, Miri, Kuching dan Kota Kinabalu.

"Keseluruhannya, 3,787 penumpang terjejas susulan kejadian ini," katanya.

Dalam kejadian jam 10.17 malam tadi, pesawat MH2718 dari Kuala Lumpur tergelincir dan terbabas 1,200 meter dari titik pendaratan sejurus mendarat ketika hujan lebat.

Bagaimanapun, semua 61 penumpang bersama enam anak kapal selamat.

192 dibaca
Berita Harian X