Ahad, 9 April 2017 | 7:26pm

Pope kutuk pengeboman gereja di Mesir

VATICAN: Pope Francis yang dijadual berkunjung ke Mesir bulan ini, hari ini mengutuk pengeboman yang mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang dan mencederakan lebih 50 yang lain di sebuah gereja Koptik dekat Delta Sungai Nil.

"Saya berdoa untuk mereka yang terkorban dan menjadi mangsa. Semoga Tuhan mengubah hati-hati mereka yang tersemai di dalamnya keganasan, kekejaman dan kematian termasuk hati mereka yang menghasil dan menyeludup masuk senjata," katanya ketika mengakhiri ucapan beliau sempena sambutan Palm Sunday di hadapan puluhan ribu pengunjung di Dataran St Peter.

Beliau turut mengucapkan "takziah" kepada seluruh rakyat Mesir dan ketua Gereja Koptik, yang bakal menerima kunjungan beliau pada 28 dan 29 April. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X