Isnin, 10 April 2017 | 11:21am
SUASANA di Lapangan Terbang Sibu yang kembali beroperasi jam 12 tengah malam tadi. - Foto Harun Yahya
SUASANA di Lapangan Terbang Sibu yang kembali beroperasi jam 12 tengah malam tadi. - Foto Harun Yahya

Lapangan Terbang Sibu dibuka semula


SUASANA di Lapangan Terbang Sibu yang kembali beroperasi jam 12 tengah malam tadi. - Foto Harun Yahya

SIBU: Lapangan Terbang Sibu kembali beroperasi mulai jam 12 tengah malam tadi, awal 12 jam dari sasaran awal selepas lumpuh berikutan insiden pesawat tergelincir, malam kelmarin.

Pengurus Lapangan Terbang Sibu, Zainuddin Abu Nasir, berkata operasi menutup lubang dan pembersihan landasan disiapkan malam tadi selepas pengalihan pesawat pada sebelah siang.

Lapangan Terbang Sibu menutup operasi penerbangan masuk dan keluarnya bermula tengah malam kelmarin selepas sebuah pesawat MAS tergelincir dari landasan ketika cuba mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Sebanyak 48 penerbangan terpaksa dibatalkan semalam bagi memberi laluan kepada kerja pengalihan pesawat berkenaan dan pembersihan landasan yang terjejas.

Penumpang yang menaiki penerbangan keluar atau masuk lapangan terbang Sibu hari ini, dinasihati menghubungi pihak syarikat penerbangan masing-masing bagi mengesahkan jadual perjalanan mereka.

Berita Harian X