Selasa, 11 April 2017 | 10:11am
TIGA premis kedai dua tingkat terbakar membabitkan anggaran kerugian RM800,000 di Taman Krishnan, Slim River. - Foto Rosman Shamsudin
TIGA premis kedai dua tingkat terbakar membabitkan anggaran kerugian RM800,000 di Taman Krishnan, Slim River. - Foto Rosman Shamsudin

3 kedai terbakar


TIGA premis kedai dua tingkat terbakar membabitkan anggaran kerugian RM800,000 di Taman Krishnan, Slim River. - Foto Rosman Shamsudin

SLIM RIVER: Tiga kedai di Taman Krishnan di sini terbakar menyebabkan kerugian kira-kira RM800,000 dalam kejadian jam 12.05 tengah malam tadi.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran dari merebak ke deretan kedai lain membabitkan tujuh pegawai serta 37 anggota bomba dari enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Slim River, Teluk Intan, Tapah, Bidor, Tanjung Malim dan Ipoh.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Zon Empat, Kamarulzaman Basirun berkata, kebakaran itu membabitkan kedai cat, kedai perkakasan dan sebuah restoran.

"Pihak bomba dapat mengawal kebakaran jam 1.10 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya jam 4.41 pagi.

"Tiada mangsa cedera dalam kebakaran itu dan punca kebakaran belum lagi dikenal pasti serta masih dalam siasatan pihak bomba," katanya di sini hari ini.

Berita Harian X