Khamis, 13 April 2017 | 11:01am

2 bilion penduduk dunia guna air tercemar - WHO

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) berkata, hampir dua bilion penduduk dunia menggunakan air yang dicemari sisa kumbahan.

Menurut badan itu, ratusan ribu penduduk dunia mati setiap tahun akibat meminum air tercemar, oleh itu pemulihan drastik perlu dilakukan untuk memastikan kemudahan bekalan air bersih di seluruh dunia.

"Hari ini, hampir dua bilion manusia menggunakan sumber air minuman dicemari sisa kumbahan yang mendedahkan mereka kepada risiko jangkitan kolera (cirit birit), masalah usus (dysentery), taun dan polio," kata ketua jabatan kesihatan WHO, Maria Neira dalam satu kenyataan.

"Air tercemar juga menyebabkan lebih 500,000 kematian akibat cirit birit setiap tahun dan faktor utama beberapa penyakit tropika, termasuk masalah cacing, jangkitan saluran kencing dan usus besar (schistosomiasis) serta jangkitan kuman pada mata (trachoma)," tambah beliau. - AFP

12 dibaca
Berita Harian X