Khamis, 13 April 2017 | 2:13pm
TAYAR sebuah lori treler yang terbakar di Kilometer 127 Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

Empat tayar lori treler terbakar


TAYAR sebuah lori treler yang terbakar di Kilometer 127 Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

MIRI: Sebuah lori treler nyaris hangus apabila empat tayar belakang lori itu terbakar di Kilometer 127, Jalan Pesisir Miri-Bintulu, pagi tadi.

Tindakan pantas tujuh anggota Bomba dan Penyelamat Miri berjaya memadamkan kebakaran dan menyelamatkan kenderaan itu daripada musnah sama sekali.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, anggotanya tiba di lokasi kejadian yang terletak 127 kilometer dari bandar Miri pada jam 6.59 pagi.

"Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7 pagi dengan bantuan pemandu treler itu yang menggunakan alat pemadam kebakaran yang terdapat pada kenderaan itu," katanya hari ini.

Difahamkan, pemandu treler itu meletakkan kenderaannya di tepi jalan untuk berehat sebelum menyedari kebakaran berkenaan.

Poh Kiong berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat.

Berita Harian X