Isnin, 5 Januari 2015 | 4:54pm
Pra tonton teater Tahajjud Cinta di Istana Budaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman
Pra tonton teater Tahajjud Cinta di Istana Budaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Pelakon Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta kumpul derma mangsa banjir


Pra tonton teater Tahajjud Cinta di Istana Budaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

KUALA LUMPUR: Golongan artis tidak ketinggalan menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir dengan akan turut sama turun padang menggerakkan usaha mengumpul bantuan kepada mangsa bencana itu.

Umpamanya, barisan pelakon drama muzikal Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta yang sedang dipentaskan di Panggung Sari Istana Budaya sejak 3 Januari lalu termasuk Datuk Siti Nurhaliza, Awie, Amy Search juga akan turun padang pada 7 Januari ini dalam satu gerak kerja murni mengumpul bantuan kepada mangsa banjir

Turut serta dalam program itu ialah pengarah, Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida serta Erra Fazira.


Pra tonton teater Tahajjud Cinta di Istana Budaya. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Menerusi acara itu yang diadakan jam 2 hingga 6 petang di Istana Budaya, orang ramai dialu-alukan untuk turut menderma kepada mangsa banjir.

"Mereka yang bermurah hati dan berminat untuk menderma sama ada wang tunai atau barangan bolehlah ke Istana Budaya Rabu ini. Selain pelakon teater ini dan teman artis, kumpulan motosikal berkuasa tinggi pun akan turut serta dalam misi mulia ini.

"Istimewanya kutipan tiket menonton pementasan terakhir teater muzikal ini juga akan disalurkan kepada mangsa banjir," kata Umie Aida kepada BH Online.

Bagi Umie, mangsa banjir perlu dibantu untuk meneruskan semula kehidupan selepas melalui bencana itu.

"Sama-samalah kita membantu apa yang terdaya. Pihak kami menyasar kutipan RM120,000 untuk tabung mangsa banjir ini," katanya.

Tiket untuk menyaksikan drama muzikal pada 3 hingga 6 Januari ini yang dijual sejak 26 Disember lalu adalah RM50, RM100, RM150, RM200, RM250 dan RM400. Untuk tempahan secara online : www.airasia.redtix.com

Berita Harian X