Selasa, 18 April 2017 | 11:02pm

Mangsa kebakaran terima bantuan MAIK


DR Nik Mohd Azlan Abd Hadi (empat kiri) menyampaikan sumbangan kepada 7 keluarga mangsa kebakaran di Lorong Chica, Berek 12. - Foto Nik Abdullah Nik Omar

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menghulurkan bantuan zakat RM41,000 kepada mangsa yang terbabit dalam dua kebakaran di sini dan Pasir Puteh.

Sumbangan membabitkan RM34,000 untuk 10 unit Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai, Pasir Puteh, dekat sini, yang musnah dalam kebakaran semalam, termasuk bantuan RM500 kepada pelajar terbabit.

Bagi mangsa kebakaran di Lorong Chicha tengah hari semalam, sejumlah RM7,000 diberikan kepada tujuh keluarga terbabit dalam kejadian itu sebagai bantuan kecemasan bagi meringankan beban.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi, berkata sumbangan diberikan selepas menerima titah Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah hari semalam, lapan rumah termasuk sebuah rumah kosong hangus menyebabkan tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Kebakaran kedua berlaku kira-kira jam 9.30 malam, membabitkan 10 unit Pondok Seri Permai, Permatang Sungkai, Pasir Puteh.

Berita Harian X