Selasa, 25 April 2017 | 6:21pm

I-CITY rancang pangsapuri mewah pintar


PENGARAH iCity, Monica Ong. - Foto Faiz Anuar

SHAH ALAM: Peminat rumah pintar boleh membeli pangsapuri yang dilengkapi ciri-ciri teknologi Internet untuk segala-galanya (IoT) serta reka bentuk dalaman berprestij, sama seperti Hotel Hilton.

Pengarah iCity, Monica Ong, berkata suite pangsapuri Hill10 Residence @i-City berkenaan terletak di atas DoubleTree by Hilton i-City Hotel di sini.

Dilancarkan pada Jun ini, projek itu dijadual siap menjelang 2020.

"Projek dengan nilai pembangunan kasar RM124 juta itu menawarkan 200 unit yang terletak di aras 22 hingga 43, dengan harga bermula serendah RM500,000.

"Unit itu mengguna pakai konsep Internet untuk segala-galanya, dengan menggunakan teknologi digital bagi menyediakan perkhidmatan kepada pengguna," katanya pada sidang media pada pelancaran projek berkenaan oleh Pengerusi Eksekutif i-Bhd, Tan Sri Lim Kim Hong, hari ini.

DoubleTree by Hilton i-City, yang menyediakan 300 bilik dilancarkan tahun lepas dengan kerja-kerja cerucuk siap baru-baru ini. - BERNAMA

Berita Harian X