Jumaat, 28 April 2017 | 4:12pm

Tony Pua dilarang masuk Sabah

TONY Pua. - Foto Asyraf Hamzah
TONY Pua. - Foto Asyraf Hamzah

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dilarang memasuki negeri ini sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), tengah hari tadi.

Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAP tiba di KKIA kira-kira 12.45 tengah hari untuk menghadiri beberapa program parti itu di Keningau, Tenom dan Sook.

Beliau yang sepatutnya pulang ke Kuala Lumpur pada Isnin ini bagaimanapun diminta mengambil penerbangan pulang ke ibu negara hari ini oleh pihak berkuasa di KKIA.

Difahamkan, Pua ditemani Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong di KKIA sehingga beliau menaiki penerbangan pulang kira-kira jam 2 petang tadi.

Pengarah Imigresen Sabah, Musa Sulaiman, ketika dihubungi mengesahkan Pua tidak dibenarkan memasuki negeri ini sebaik tiba di KKIA tengah hari tadi, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X