Rabu, 3 Mei 2017 | 4:14pm
PENYANYI, Mark Adam.
PENYANYI, Mark Adam.

Mark Adam bekerja sambil melancong di Eropah

MARK Adam menggunakan peluang menjayakan penggambaran telefilem, Biniku Ninja, di luar negara untuk melancong sekitar Eropah.
MARK Adam menggunakan peluang menjayakan penggambaran telefilem, Biniku Ninja, di luar negara untuk melancong sekitar Eropah.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mark Adam, menggunakan peluang menjayakan penggambaran telefilem, Biniku Ninja, di luar negara untuk melancong sekitar Eropah.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam, 38, berkata beliau mengembara selama sebulan ke beberapa negara sekitar benua itu bersama-sama isteri, yang juga pengurusnya, Ezan.

"Saya menikmati setiap detik sepanjang penggambaran dilakukan kerana kami sering bertukar lokasi mengikut kesesuaian babak. Dalam pada bekerja, saya dapat juga meluaskan pandangan dengan melihat negara orang.

MARK Adam dan isterinya, Ezan.
MARK Adam dan isterinya, Ezan.

"Fokus utama adalah untuk melunaskan penggambaran telefilem. Masing-masing juga senang serasi dan mudah memberikan kerjasama kerana kami sudah rapat ibarat keluarga. Kemesraan yang terjalin lahir secara semula jadi kerana kami banyak meluangkan masa bersama-sama.

"Proses penggambaran juga berjalan lancar kerana ia disusun rapi oleh pihak produksi. Saya menghormati cara kerja mereka yang sentiasa memastikan keselesaan setiap pelakon yang terbabit dalam telefilem ini," katanya kepada BH Online.

Dalam telefilem yang masih menjalani penggambaran itu, Mark memegang watak sebagai Andi, manakala karakter utama dijayakan oleh pelawak dan pengacara, Jihan Muse, bersama suaminya, Ungku Hariz.

"Buat masa ini saya tidak dapat berkongsi lebih lanjut mengenai watak yang dibawa, namun ia berbeza dengan karakter yang pernah saya lakonkan sebelum ini," kata Mark ringkas menerusi aplikasi Whatsapp.

Drama rantaian arahan Syed Fariz itu bakal bersiaran sepanjang Ramadan di saluran Astro Oasis.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X