Khamis, 4 Mei 2017 | 11:21am

Liza Kool FM perkenal produk pelangsingan

KUALA LUMPUR: Produk pelangsingan badan, Body Dream, yang dijual penyampai radio Kool FM, Liza Kool FM, antara produk menarik yang menanti pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17), bulan depan.

Liza berkata, produk yang sudah berada di pasaran sejak awal tahun lalu, dijual secara dalam talian.

Katanya, beliau teruja apabila pelanggannya dapat melihat sendiri produk berkenaan secara terus pada FMBH'17 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2 hingga 4 Jun.

Produk tempatan

Beliau yakin dengan konsep pasar lokal diketengahkan FMBH'17, sekali gus akan mengambil peluang untuk bertemu peminat dan pelanggan baharu yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk pelangsingan itu.

"Produk tempatan itu kini dijual di Instagram dan setakat ini mendapat sambutan menggalakkan. Saya bukan duta atau dibayar untuk ulasan produk di laman sosial. Saya menggunakan produk ini sebagai testimoni pada awalnya.

"Niat saya mahu menyebarkan manfaat produk ini bagi wanita berkahwin yang mengalami masalah berat badan dan mahu mengembalikan potongan badan umpama anak dara," katanya yang juga akan menjadi pengacara majlis untuk FMBH'17.

Turun 6kg

Liza atau nama penuhnya, Khairu Norliza Khairudin, berkata sebelum ini beliau mengalami masalah berat badan terutama di bahagian paha, berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram (kg) selepas dua bulan menggunakannya secara konsisten.

Katanya, produk itu dipercayai membantu wanita menurunkan berat badan dan membakar lemak, sekali gus membantu mengempiskan perut, rasa kenyang sepanjang hari dan menghilangkan lemak tepu di bahagian lengan serta paha.

Produk itu antaranya berasaskan koko, ekstrak biji anggur Garcinia Cambogia.

Beliau berkata, produk itu yang didatangkan dalam bentuk serbuk berperisa coklat diambil selepas bersarapan.

"Ia boleh dibancuh dengan air panas. Cuma apabila minum produk ini individu perlu minum banyak air masak. Pengunjung boleh datang ke gerai saya di FMBH'17 untuk dapatkan produk ini dengan harga cuma RM95," katanya.

Pilihan produk wajah

Pada masa sama, Liza juga mahu berkongsi rahsia kecantikan wajah wanita Korea bersama rakannya yang juga penyampai ra-dio Kool FM, Tengku Nor Suriya Tengku Mohamed atau Rea Kool FM, di gerai sama yang berfungsi untuk wajah dan bibir, Aloe Soothing Gel.

Tengku Nor Suriya pula berkata, lebih 1,000 produk itu sudah dijual sejak Disember lalu pada harga RM39.

"Perniagaan dilakukan hasil cetusan idea rakan dari Korea turut yang menjual produk istimewa ini. Saya pernah mengalami masalah kulit berjerawat, dan selepas mencuba produk ini, ia dapat membantu masalah kulit dihadapi malah serasi untuk melembapkan bibir kering. Saya kemudian membuat keputusan memasarkannya di negara ini," katanya.

Sementara itu, tempahan jualan gerai FMBH'17, boleh hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447; 013-2112591; 018-274 2140 dan 012-6088968 atau emel; shueelliscomm@gmail.com.

Berita Harian X