X
Jumaat, 5 Mei 2017 | 6:06pm
Anggota PPM memeriksa balak yang dipercayai ditebang secara haram dalam serbuan di dua lokasi di Sarikei, hari ini. Foto ihsan PPM

PPM rampas balak haram

ANGGOTA PPM memeriksa balak yang dipercayai ditebang secara haram dalam serbuan di dua lokasi di Sarikei, hari ini. Foto ihsan PPM
ANGGOTA PPM memeriksa balak yang dipercayai ditebang secara haram dalam serbuan di dua lokasi di Sarikei, hari ini. Foto ihsan PPM

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak, merampas sejumlah balak yang disyaki ditebang secara haram dalam dua serbuan berasingan di kem pembalakan di Sarikei, hari ini.

Dalam serbuan pertama di sebuah kem pembalakan di Jalan Tung Sing, Sarikei, pada kira-kira jam 9.30 pagi, sebanyak 370 kayu balak pelbagai jenis yang setiap satu dipotong sepanjang kira-kira 2.5 meter ditemui.

Lanjutan daripada serbuan itu, sebuah lagi kem pembalakan di Jalan Lok Lee, diperiksa dan anggota PPM menemui 368 batang balak pelbagai jenis yang sudah dipotong 2.5 meter setiap satu.

Komander PPM Wilayah 5, Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, serbuan dalam Op Landai itu dilakukan hasil risikan anggota Unit Rondaan Marin (URM) bagi membanteras kegiatan pembalakan haram di Sarawak.

Beliau berkata, berdasarkan jenis serta saiz balak yang kecil, nilai yang dirampas dalam serbuan pertama dianggarkan berjumlah RM11,000 manakala dalam serbuan kedua pula bernilai RM13,750.

"Pemeriksaan terhadap semua balak berkenaan mendapati ia menyalahi Ordinan Perhutanan Sarawak 2015 kerana tidak memiliki cop rasmi Jabatan Hutan Sarawak dan dipercayai ditebang secara haram.

"Walaupun nilai rampasan tidak besar, PPM Wilayah 5 akan terus memperhebatkan operasi untuk membanteras kegiatan pembalakan haram di negeri ini dan berharap orang ramai yang memiliki maklumat supaya menyalurkannya bagi membolehkan tindakan segera diambil," katanya.

Salehuddin berkata, semua balak yang dirampas itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X