Sabtu, 6 Mei 2017 | 10:40pm

32 pelajar maut bas mini terjunam ke dalam gaung

DAR ES SALAAM: Tiga puluh dua pelajar sekolah maut di Tanzania apabila van mini yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung di wilayah pelancongan di utara negara itu hari ini.

Turut maut dalam nahas itu ialah dua guru dan pemandu van mini berkenaan.

"Kemalangan berlaku apabila bas menuruni bukit curam dalam keadaan hujan.

"Kami masih menyiasat nahas untuk memastikan sama ada ia disebabkan masalah mekanikal atau kesilapan manusia," kata Komander Polis Arusha, Charles Mkumbo.

Pelajar yang terkorban dalam kemalangan pada jam 9.30 pagi waktu tempatan di daerah Karatu, berada dalam darjah tujuh, berusia 12 hingga 13 tahun, dari sekolah rendah Lucky Vincent dalam perjalanan melawat sekolah lain, kata Mkumbo.

Presiden John Magufuli dalam satu kenyataan menyifatkan ia sebagai tragedi negara.

Tanzania, ekonomi kedua terbesar di timur Afrika, memiliki rangkaian keselamatan jalan raya teruk, tetapi bas menjadi pengangkutan utama antara bandar. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X