Ahad, 14 Mei 2017 | 7:46pm

Indonesia minta syarikat waspada ancaman 'ransomware'

JAKARTA: Kerajaan Indonesia menjangkakan serangan siber global yang menjadikan data komputer sebagai tebusan mungkin mencetuskan lebih banyak kekecohan apabila pejabat dibuka semula, esok.

Sebuah hospital utama di Jakarta didedahkan menjadi sasaran 'ransomware', semalam tetapi tiada bukti setakat ini untuk menunjukkan Indonesia antara negara paling teruk terjejas.

Menteri Komunikasi dan Maklumat, Rudiantara, menggesa syarikat mengemas kini aspek keselamatan mereka sebelum menghubungkan komputer dengan rangkaian tempatan apabila minggu baru bermula.

"Ini penting bagi perniagaan apabila dibuka semula pada Isnin (esok), tolong berhati-hati dan berwaspada. Ambil langkah pencegahan terhadap serangan perisian WannaCry," katanya.

Penggodam siber memperdaya mangsa membuka perisian berisi virus yang disertakan menerusi e-mel.

Ransomware menjejaskan data di komputer dan menuntut bayaran AS$300 hingga AS$600 (RM1,301 - RM2,603) untuk memulihkan akses. - REUTERS

Berita Harian X