Ahad, 14 Mei 2017 | 8:26pm

Azmi, Fya Arissa kuasai memanah PNBD


MUHAMMAD Azmi (tengah), Muhammad Shazwan (kiri) dan Muhammad Afham bersama pingat masing-masing selepas aksi final di Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan PNBD 2017 kategori lelaki bawah 15 tahun, di Kota Seriemas, Nilai, petang tadi.

NILAI: Pemanah Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP), Muhammad Azmi Muhammad Rafeek mengungguli edisi sulung Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan PNB Development Sdn Berhad (PNBD) 2017 bagi kategori lelaki bawah 15 tahun di Kota Seriemas di sini, petang tadi.

Muhammad Azmi menewaskan pemanah dari Kelab Memanah Hulu Langat, Muhammad Syazwan Akif Saifol Bakhri dengan kemenangan 6-2 untuk membawa pulang pingat emas serta hadiah wang tunai.

Pingat gangsa milik menjadi pemanah dari Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah, Muhammad Afham Marzuki Amirdin.

Azmi yang ditemui selepas kejohanan berkata, kejayaan itu memberikannya motivasi tambahan untuk lebih berjaya dalam sukan memanah.

"Saya bersyukur dapat menjuarai kejohanan yang kali pertama dianjurkan ini. Inilah motivasi yang memang saya perlukan untuk melangkah jauh," katanya.

Sementara itu, Fya Arissa Baharom yang mewakili Kelab Memanah Seri Pagi turut cemerlang apabila dinobatkan pingat emas selepas mengatasi Nurul Azeera Mohd Faizal dari Kelab Memanah Sasar dengan kemenangan 6-2.

Kejayaan manis ini dibantu persembahan konsisten sepanjang dua hari kejohanan sejak semalam dan ketika ditemui, Fya Arissa melahirkan rasa teruja biarpun beraksi dalam cuaca panas.

"Memang tak sangka boleh menang. Saingan sengit daripada pencabar lain. Ini adalah penyertaan sulung saya di kejohanan peringkat kebangsaan. Latihan keras selama ini berbaloi. Saya bercita-cita wakili negara satu hari nanti," katanya.

Kejohanan anjura PNBD dengan kerjasama Persatuan Memanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu turut menampilkan kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun serta acara berpasukan mengikut kategori umur.

Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengurus Besar Operasi PNB Development Sdn Berhad, Ir Wan Azian Wan Yusoff dan Ketua Pembangunan Perbandaran Kota Seriemas, Saiful Ibrahim di Padang Bola Sepak Laman Cempaka, Kota Seriemas.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Kategori bawah 12 tahun lelaki individu

Emas: Muhaimin Mohd Farid (Bj Wolfpack)

Perak: A'zat Faris Fathulla (Gege Archery Club)

Gangsa: Ahmad Irfan Ajnizar (Hulu Langat)

Bawah 12 tahun perempuan individu

Emas: Nur Ieka Hariesya ( Hulu Langat)

Perak: Tengku Aisyah Rohani (Bj Wolfpack)

Gangsa: Qashrin Damia Mohd Qassim Fitri (Hulu Langat)

Bawah 12 tahun lelaki Berpasukan

Emas: Pro Ace

Perak: Gege Archery Club

Gangsa: Bj Wolfpack

Bawah 12 tahun perempuan Berpasukan

Emas: Bj Wolfpack

Perak: Hulu Langat

Gangsa: Nadi Archery

Bawah 15 tahun lelaki Individu

Emas: Muhammad Azmi Muhammad Rafeek (Sek Sukan Malaysia Pahang)

Perak: Muhammad Shazwan Akif Saifol Bakhri (Hulu Langat)

Gangsa: Muhammad Afham Marzuki Amirdin (MRSM Alor Gajah)

Bawah 15 tahun wanita Individu

Emas: Fya Arissan Baharom (Seri Pagi Archery)

Perak: Nurul Azreena Mohd Faizal (Sasar)

Gangsa: Aisyah Najihah Mohd Azizul (Sasar)

Bawah 15 tahun lelaki Berpasukan

Emas: Hulu Langat B

Perak: Sekolah Sukan Malaysia Pahang

Gangsa: Bj Wolfpack

Bawah 15 tahun wanita Berpasukan

Emas: Sasar ALPHA

Perak: SMK Kampung Baru Si Rusa

Gangsa: Seri Pagi Archery

121 dibaca
Berita Harian X