Selasa, 16 Mei 2017 | 7:00am

Gincu percuma di FMBH'17


PENGASAS bersama  Kaay Cosmetics, Zuliyana Hasan ( kiri ) dan  Nurkhadtijah Jamaluddin, menunjukkan produk keluaran jenama mereka. - Foto Ihsan Pembaca

KUALA LUMPUR: Bermatlamat kongsi rezeki dan mengukuhkan perniagaan, Kaay Cosmetics membuka peluang kepada pengunjung Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH '17) yang berminat untuk menambah pendapatan, dengan menjadi stokis atau ejen bagi produk kosmetik keluarannya.

Pengasas Kaay Cosmetics, Zuliyana Hasan, berkata syarikat menyasarkan melantik satu wakil stokis dan 10 ejen di setiap negeri bagi membantu memasarkan produk kosmetik jenama itu seperti gincu dan bedak kompak.

   Justeru, beliau berharap orang ramai merebut peluang ini, sepanjang tiga hari gerai jualan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), bermula 2 hingga 4 Jun, depan.

  "Saya berpendapat, ini cara terbaik untuk mendapat kepercayaan pelanggan dan mengukuhkan perniagaan ini. Saya akan menggunakan peluang ini untuk menambah jumlah stokis dan ejen di setiap negeri. Sekarang sudah ada stokis di Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang" katanya kepada BH.

Peluang tambah pendapatan

Beliau berkata, ejen atau stokis yang dilantik mempunyai peluang untuk menambah pendapatan, pada masa sama membantu mempromosi produk jenama itu dengan lebih meluas di seluruh negara.

   "Mereka yang berminat menjadi ejen produk ini perlu membayar RM400 manakala stokis dikenakan bayaran RM2,500. Dengan modal yang rendah dan untung yang memuaskan, mereka berpeluang menjana pendapatan sambilan," katanya.

    Pada masa sama, Zuliyana berkata kesempatan menyertai FMBH'17 turut digunakan sebagainya platform memperkenalkan produk yang sebelum ini dipasarkan secara dalam talian.

Produk jualan

Beliau bersama rakan kongsinya, Nurkhadtijah Jamaluddin, berkata produk itu menyedia warna tiga warna, iaitu red velvet creamy, caramel dan roseberry Pink yang berbau coklat dan pudina.

Katanya, gincu berkenaan bertindak melembap, tahan lama, tidak berkerak, merawat rekahan dan bibir sensitif.

"Produk ini mesra wuduk, mudah dibersihkan, bebas alkohol dan tiada campuran bahan kimia pada harga RM35," katanya.

Kaay Cosmetics turut mengeluarkan bedak kompak, iaitu super moisture DD cushion memberikan sapuan yang lebih sempurna dan melembapkan kulit.

"Bedak itu bertindak sebagai anti penuaan, menyejukkan, mengecilkan pori, mencerahkan kulit wajah, tidak berminyak, melekit dan mempunyai pelindung matahari dengan SPF50.

"Uniknya ia juga membantu mengurangkan garis halus, kedut pada wajah, kemerahan pada wajah akibat cuaca panas," katanya.


LIP Matte antara produk laris yang mendapat perhatian pelanggan. - Foto Ihsan Pembaca

Gincu percuma

Sementara itu, beliau berkata, 50 pengunjung pertama FMBH '17 turut berpeluang mendapat satu gincu percuma.

   Katanya, pengagihan gincu percuma itu bagi membolehkan pengunjung mengenali produk berkenaan dengan lebih dekat lagi di gerai jualannya nanti.

"Gincu jenis krim matte mengandungi minyak kelapa dara dengan ekstrak campuran daun pudina, ketika ini hanya dijual secara dalam talian, sejak tahun lalu.

"Produk ini menyegarkan dan memulihara bibir secara semula jadi dan rasa sejuk selepas calitan, selain merawat bibir kering, pecah serta sensitif," katanya.

Untuk tempahan gerai FMBH '17, hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel shueelliscomm@gmail.com.

Info

Fiesta Muslimah BH 2017

  • Hastag #fmbh17
  • Hampir 10 artis bakal membuat persembahan nyanyian
  • Caliph Buskers bakal membuka tirai persembahan pada hari pertama
  • Selebriti seperti Liza Kool FM, Mawi, Siti Nordiana dan Ogy Ahmad Daud bakal membuka gerai jualan
  • Berkonsepkan pasar lokal
  • Menyediakan 130 gerai jualan pelbagai produk khususnya fesyen Muslimah
  • Kali pertama, FMBH diadakan, di Zebra Square Kuala Lumpur, pada 23 November 2014 berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung
  • Kali kedua,di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur (24 dan 25 Oktober 2015), lebih 25,000 orang.
Berita Harian X