Jumaat, 19 Mei 2017 | 7:21pm

Jel 7 tahun simbah pembantu rumah air panas

FAIL foto diambil pada 13 Februari 2017 menunjukkan mangsa deraan, Khin Tun berusia 14 tahun menunjukkan parut dan lecur di belakang beliau di Mawlamyine, kira-kira 300 km ke utara Yangon. - Foto AFP
FAIL foto diambil pada 13 Februari 2017 menunjukkan mangsa deraan, Khin Tun berusia 14 tahun menunjukkan parut dan lecur di belakang beliau di Mawlamyine, kira-kira 300 km ke utara Yangon. - Foto AFP

YANGON: Seorang wanita Myanmar yang menyimbah air mendidih ke atas pembantu rumahnya dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.

Pembantu rumah itu, seorang budak perempuan berusia 14 tahun melecur teruk akibat serangan itu.

Aye Aye Soe ditahan lewat tahun lalu kerana menyimbah dua termos air mendidih ke atas mangsa, satu bagi setiap buah oren yang dituduh dicurinya.

Aye Aye Soe juga dituduh melakukan penderaan fizikal ke atas adik pembantu rumah itu, yang juga bekerja untuknya.

Dua beradik itu adalah antara puluhan ribu remaja yang bekerja sebagai pembantu rumah bagi golongan elit Myanmar untuk membantu keluarga.

Namun tanpa sebarang perlindungan undang-undang, mereka kerap menjadi mangsa eksploitasi dan penderaan. - AFP

Berita Harian X