Jumaat, 19 Mei 2017 | 9:22pm

Bekas tentera AS didakwa membunuh


RICHARD Rojas. - Foto Reuters

NEW YORK: Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang memandu keretanya merempuh pejalan kaki di Times Square, didakwa membunuh dengan niat dan cubaan membunuh, kata polis hari ini.

Dalam kejadian itu, seorang wanita terbunuh manakala 22 lagi cedera.

Kejadian semalam mencetuskan kebimbangan di bandar raya kewangan AS itu selepas kes sama di London, Berlin dan Nice tetapi pihak berkuasa berkata tiada bukti kemalangan itu berkaitan keganasan.

Richard Rojas, 26, dari Bronx, ditahan di lokasi kejadian dan didakwa membunuh tanpa niat, 20 dakwaan cubaan membunuh dan lima dakwaan cubaan membunuh menggunakan kenderaan, kata polis.

Mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai Alyssa Elsman, 18, dari Portage, Michigan.

Adiknya yang berusia 13 tahun antara yang cedera manakala empat lagi kritikal, kata pegawai.

Rojas pernah ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk pada 2008 dan 2015, dan ditahan awal bulan ini atas dakwaan melakukan ancaman, kata polis. - AFP

Berita Harian X