Isnin, 22 Mei 2017 | 8:56am

Mawi jual wangian jenama 'Calit' di Fiesta Muslimah BH

KUALA LUMPUR: Penyanyi popular dengan lagu Kalah Dalam Menang, Mawi, menjadikan Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) sebagai pentas untuk memperkenalkan jenama wangiannya, Calit di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada awal bulan depan.

Mawi yang juga akan membuat menyanyi pada FMBH'17 berkata, wangian itu berasaskan bauan kasturi, yang diambil daripada bintil kelenjar kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya memiliki seribu satu khasiat.

Beliau sendiri sebagai duta produk itu berkata, ramai yang tidak tahu rahsia kehebatan wangian itu yang sesuai dipakai untuk pelbagai situasi sama ada ketika beribadat atau aktiviti harian.

Katanya, beliau yang akan membuka gerai jualan di FMBH 17', pada 2 hingga 4 Jun depan, mahu kerap berada di sana untuk mempromosi sendiri produk berkenaan yang mempunyai banyak manfaat.

"Ramai yang fikir produk ini berasaskan buah kasturi, sebaliknya daripada kelenjar kijang jantan, antaranya membantu menenangkan jiwa, penawar racun dan bisa binatang.

"Saya mahu kongsi khasiat dan manfaat kasturi menerusi rangkaian haruman ini," katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Selain Mawi, penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, Siti Nordiana atau Nana, Syamel, Amira Osman, Wany Hasnita dan Tajul akan membuat persembahan bagi meriahkan fiesta itu.


KUALA LUMPUR 21 MAY 2017.Produk calit begitu mendapat sambutan  pelanggan.NSTP/Ihsan Pembaca

Seribu satu rahsia wangian

Juara Akademi Fantasi (AF) musim ke tiga itu, berkata wangian berkenaan diedarkan syarikatnya, UneQuein Sdn Bhd yang diasaskan bersama isterinya, Ekin, meliputi dua jenis iaitu, Kasturi Emas dan Kasturi Hitam.

Kasturi Hitam mengeluarkan bau kasturi lebih menusuk berbanding Kasturi Emas yang baunya lebih lembut.

Antara khasiat kasturi ialah untuk menenangkan jiwa, menghilangkan debaran jantung dan sesak nafas, melegakan asma, menguatkan organ dalaman dan luaran, membuang angin berlebihan dan menjadi penawar kepada racun dan bisa haiwan.

"Ia bukan sekadar wangian sebaliknya ia mempunyai pelbagai khasiat pada tubuh sejajar hasil kajian oleh ahli perubatan Islam berkaitannya," katanya.


PENYANYI, Mawi pada malam kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Mahu memperluaskan

Mawi berkata, produk itu dipasarkan sejak Mac lalu dan setakat ini sudah mempunyai 15 ejen di seluruh negara.

"Kami juga mempunyai butik UneQuein di Bangi, Selangor dan Johor Bahru.

"Produk ini juga masih terbuka kepada pengambilan ejen bagi memperluaskan pasarannya ke seluruh negara," katanya.

Untuk tempahan gerai FMBH'17, hubungi Hani atau Lisa di talian 014-6639447, 013-2112591, 018-2742140 dan 012-6088968 atau e-mel [email protected].

INFO

Produk haruman Mawi

  • Dua pilihan iaitu Kasturi Emas dan Kasturi Hitam.
  • Sesuai untuk lelaki atau perempuan
  • Boleh diguna semua peringkat umur
  • Bebas alkohal
  • Dijual: RM 35 bagi 8 mililiter (ml)
  • Didatangkan dalam bungkusan kotak eksklusif
  • Boleh dijadikan sebagai cendera hati dan hadiah

INFO:

Fiesta Muslimah BH

  • FMBH diadakan kali pertama di Zebra Square, Kuala Lumpur pada 23 November 2014.
  • Lebih 10,000 pengunjung hadir.
  • Kali kedua, FMBH diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur.
  • Lebih 25,000 pengunjung hadir pada 24 dan 25 Oktober 2015.

KUALA LUMPUR 21 MAY 2017.Produk calit begitu mendapat sambutan  pelanggan.NSTP/Ihsan Pembaca
Berita Harian X