Selasa, 23 Mei 2017 | 8:05am

'Penggodam Lazarus ada kaitan dengan WannaCry'


PEKERJA serangan siber ransomware di Keselamatan Agensi di Seoul, Korea Selatan - Foto AP

WASHINGTON: Firma keselamatan siber, Symantec, percaya kumpulan penggodam yang mempunyai kaitan dengan Korea Utara bertanggungjawab dalam serangan WannaCry, baru-baru ini.

Serangan virus itu menjangkiti kira-kira 300,000 komputer di seluruh dunia, selain menjejaskan operasi hospital, bank dan sekolah.

Menurut Symantec, virus yang digunakan serangan siber awal tahun ini 'hampir menyamai' virus yang pernah dikaitkan dengan kumpulan penggodam Lazarus disebarkan di lebih 150 negara.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat dan penyelidik keselamatan siber, pernah mengaitkan Lazarus dengan Korea Utara. - Reuters

Berita Harian X