Rabu, 24 Mei 2017 | 9:02am

Lori terbalik, laluan terhalang 3 jam

IPOH: Sebuah lori yang terbabas dan terbalik melintang di tengah jalan menyebabkan kesesakan hampir tiga jam di Kilometer 282.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap syarikat Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS) berkata, pihaknya dimaklumkan kemalangan berlaku kira-kira jam 4.40 pagi dan menyebabkan kedua-dua lorong dari Simpang Pulai menghala ke Tol Ipoh Selatan terhalang.

"Laluan kanan dibuka kira-kira jam 7.30 pagi manakala laluan kiri masih terhalang, menyebabkan kesesakan kira-kira 3.5 kilometer," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, laluan kiri kemudian dibuka kira-kira jam 8 pagi manakala lori berkenaan dibawa keluar dari tempat kejadian.

Berita Harian X