Ahad, 4 Jun 2017 | 1:42pm

Pemanah wanita pikat pengunjung FMBH'17

KUMPULAN Memanah Panahan Shah Alam menunjukkan aksi memanah pantas di Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17). - Foto NSTP

SHAH ALAM: Teknik memanah berkuda oleh pemanah wanita muslimah, Erina Ismail, 27, antara yang mendapat perhatian pengunjung sempena hari terakhir Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH'17) di sini.

Erina dari Persatuan Pemanah Berkuda As-Sibaq Malaysia menunjukkan aksi 'fast shooting' antara teknik penting dalam sukan memanah berkuda.

Beliau juga pernah mewakili negara ke Korea Selatan dan Poland untuk sukan ini.

Terdahulu, pengunjung turut dihiburkan dengan demonstrasi memanah oleh Kelab Memanah Panahan Shah Alam di pentas.

Kumpulan itu dianggotai sekumpulan pemanah muda termasuk wanita dan kanak-kanak perempuan melakukan aksi hebat berkenaan.

Berita Harian X