Ahad, 4 Jun 2017 | 9:48pm

80 asnaf terima sumbangan Yayasan Jamin


PENGERUSI Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan bersama anak anak yatim Teratak Che Dah yang menerima sumbangan aidilfitri di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim Dan Asnaf di Teratak Che Dah. - Foto0 Eizairi Shamsudin

RAWANG : Seramai 80 orang termasuk ibu tunggal, fakir miskin dan anak-anak yatim menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas daripada Program Ihya Ramadan yang dilaksanakan oleh Yayasan Jamin.

Yayasan berkenaan turut menyerahkan sebuah van kepada Rumah Anak Yatim Teratak Che Dah bagi kegunaan 30 penghuninya.

Pengerusi Yayasan Jamin, Datuk Sohaimi Shahadan, berkata sumbangan yang diberikan adalah usaha berterusan yayasan dalam mengurangkan beban mereka terutamanya di bulan Ramadan.

"Yayasan Jamin amat konsisten dalam menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Bantuan yang diberikan tidak bermusim, malah diadakan pada setiap minggu bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Oleh itu, kami berharap mana-mana syarikat swasta dan individu yang berkemampuan dapat turut bersama-sama kami membantu golongan yang kurang berkemampuan ini," katanya.

Katanya selepas menyampaikan sumbangan sekali gus menyerahkan sebuah mini van pada majlis berbuka puasa Program Ihya Ramadan, di Teratak Che Dah, di sini.

Sohaimi berkata sumbangan berkenaan turut berkolaborasi dengan beberapa syarikat korporat antaranya Pelaburan MARA Berhad.

Berita Harian X