Rabu, 14 Januari 2015 | 12:20pm
SEBUAH lori tangki membawa muatan petrol dan diesel terbalik di Batu 15, Jalan Pahang, dekat sini, pagi tadi. - Foto ihsan bomba
SEBUAH lori tangki membawa muatan petrol dan diesel terbalik di Batu 15, Jalan Pahang, dekat sini, pagi tadi. - Foto ihsan bomba

Lori tangki terbalik di Tapah

TAPAH: Sebuah lori tangki membawa muatan petrol dan diesel terbalik di Batu 15, Jalan Pahang, dekat sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Tapah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.15 pagi dan sebaik tiba di lokasi mendapati lori berkenaan terbalik di bahu jalan dengan pemandunya cedera.

Beliau berkata, pemandu berkenaan dikejarkan ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

"Kejadian itu menyebabkan berlaku kebocoran kecil pada tangki bahagian diesel dan dapat dikawal dengan menggunakan buih dan pasir," katanya.

Beliau berkata, syarikat pemilik lori berkenaan sudah dimaklumkan mengenai kemalangan itu.

Berita Harian X