Jumaat, 9 Jun 2017 | 9:12pm

YAYSH terima sumbangan RM150,000 daripada Yayasan MSU

CANSELOR Management and Science University (MSU) Sultanah Kedah Haminah Hamidun menyaksikan penyerahan replika cek Presiden Management and Science University (MSU) dan MSU College Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Yajid kepada Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) Datuk Rosli Awang di Majlis Iftar Bersama Canselor MSU dan Anak-anak Yatim 2017 di Dewan Canselor Management and Science University (MSU) Shah Alam. - Foto Roslin Mat Tahir

SHAH ALAM: Sultanah Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun berkenan menghadiri Majlis Iftar Canselor MSU bersama anak-anak yatim di kampus MSU di sini, hari ini.

Baginda yang juga Canselor MSU turut berkenan menyampaikan zakat dan duit raya Yayasan MSU bernilai RM130,000 kepada 20 buah rumah kebajikan serta 200 penghuninya.

Pada masa sama, Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) pula menerima sumbangan berjumlah RM150,000 daripada Yayasan Management & Science University (MSU), yang diterima pengarahnya, Datuk Rosli Awang.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, setiap rumah kebajikan menerima sumbangan sebanyak RM5,000 manakala setiap seorang anak yatim menerima duit raya berjumlah RM150.

"Antara rumah kebajikan yang terbabit adalah Rumah Kasih Harmoni; Baitus Sakinah Wal Mahabbah; Pusat Jagaan Nur Ekhwan Ku; Home of Hope Al-Khadeem; Rumah Nur Sakinah dan lain-lain.

"Program pengagihan zakat ini turut dilaksanakan di peringkat global dengan membabitkan negara seperti Kazakhstan; Sri Lanka; India; Vietnam; Indonesia; Syria; Palestin dan Bosnia Herzegovina," katanya ketika berucap pada Majlis Iftar bersama Canselor MSU dan Anak-anak Yatim di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan zakat adalah tradisi MSU dan ia mencerminkan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungjawab sosial terhadap komuniti, selain menyuburkan budaya bersyukur serta bersedekah dalam kalangan warga kampus dan masyarakat.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X