X
Ahad, 11 Jun 2017 | 11:51am

Rakyat bantah perjanjian May dengan DUP

PENUNJUK perasaan berkumpul di luar Downing Street. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan berkumpul di luar Downing Street. - Foto Reuters

LONDON: Petisyen menentang perjanjian yang diusahakan Perdana Menteri Britain, Theresa May, dengan Parti Kesatuan Demokratik (DUP) memperoleh hampir 600,000 tandatangani semalam.

Kebimbangan turut memuncak berhubung rancangannya membentuk kerajaan dengan sokongan parti konservatif itu.

"Ini cukup menjijikkan, usaha terdesak untuk kekal berkuasa," menurut petisyen itu, yang menggariskan beberapa pandangan paling kontroversial DUP termasuk menentang perkahwinan gay dan pengguguran.

Petisyen itu menyamai slogan demonstrasi berhaluan kiri dilakukan ratusan penduduk di luar Downing Street semalam yang melaungkan: 'Rasis, seksis, anti-gay, DUP perlu pergi."

Beberapa ahli Parlimen Konservatif juga menyatakan pendirian semalam ketika pegawai mengumumkan DUP Ireland Utara menandatangani 'perjanjian asas' untuk menyokong kerajaan minoriti Konservatif.

May memerlukan sokongan 10 ahli Parlimen DUP untuk membentuk kerajaan selepas hilang majoriti pada pilihan raya Khamis lalu.

Butiran perjanjian tidak diketahui tetapi ahli Parlimen Konservatif, Sarah Wollaston, berkata ia 'tidak berjaya jika memasukkan sebarang perubahan kepada undang-undang pengguguran atau memberi hak kepada golongan gay. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X