Selasa, 13 Jun 2017 | 12:12pm
Kerja mengalihkan muatan kayu dalam kejadian treler terbik di KM 35.7 Lebuhraya Karak menghala ke ibu negara giat dijalankan. - Foto Twitter @LPTTrafik

Treler bawa kayu terbalik di Karak

KUALA LUMPUR: Sebuah treler bermuatan batang kayu terbalik di Kilometer 35.7 Lebuhraya Karak menghala ibu negara, menyebabkan laluan pertama dan kedua lebuh raya itu terhalang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, kesesakan berlaku dilaporkan di laluan berkenaan kerana hanya satu lorong yang boleh dilalui oleh kenderaan ke ibu negara.

Pengendali lebuh raya menerusi akaun rasmi Twitter @LPTTrafik memaklumkan, kerja mengalihkan treler dan muatan kayu giat dijalankan dan laluan kontra diaktifkan bagi mengelak kesesakan.

Ia berikutan semua lorong di laluan berkenaan ditutup bagi memudahkan kerja pengalihan dijalankan sehingga selesai.

Justeru, orang ramai diminta memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi arahan petugas lebuh raya di lokasi.

Berita Harian X