Selasa, 13 Jun 2017 | 2:35pm

Goodyear lancar tayar premium, Eagle F1 Asymmetric 3

PENGARAH Urusan Goodyear Malaysia Bhd, Ben Hoge (kanan) bersama Pengarah Jualan Goodyear Malaysia Bhd, Chee Lip Choon ketika melancarkan tayar Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 untuk pasaran Malaysia di Kuala Lumpur.

GOODYEAR melancarkan tayar premium terbaharunya, Eagle F1 Asymmetric 3 yang menawarkan 31 peratus lebih prestasi dan jarak membrek lebih singkat.

Ia juga membantu pengawalan kenderaan tidak kira cuaca, ketika hujan atau panas, memberikan pengendalian responsif.

Segmen tayar premium ini dijangka meningkat dengan kadar pertumbuhan tahunan lebih enam peratus di antara 2016 hingga 2020 di pasaran Asia Pasifik.

Eagle F1 Asymmetric 3 memiliki teknologi Grip Booster baharu yang mengandungi sebatian yang memastikan cengkaman dan resin pelekat yang kuat.

Teknologi brek Active membantu meningkatkan permukaan sentuhan dan cengkaman apabila brek, yang membolehkan pengguna membrek pada jarak lebih pendek.

Teknologi pembinaan bertetulang baru juga membantu mengurangkan kehausan bunga dan kecekapan bahan api.

Malah, Eagle F1 Asymmetric 3 dijangka menawarkan sehingga 11,500 kilometer perbatuan tambahan berbanding pesaing jenama tayar terkemuka yang lain.

Eagle F1 Asymmetric 3 mempunyai keupayaan membrek 2.6 meter lebih pendek dengan prestasi sembilan peratus lebih baik di jalan yang basah, 1.3 meter jarak brek yang lebih pendek di atas jalan kering dengan prestasi 4 peratus lebih baik dan pengendalian basah 4 peratus lebih baik berbanding jenama tayar lain.

Untuk pasaran Malaysia, Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 ditawarkan di antara saiz 17 (variasi diameter rim) sehingga saiz 34.

Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3 ditawarkan dengan harga bermula RM668 hingga RM1,820 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST), bergantung kepada saiz dan boleh didapati di kedai Goodyear Autocare dan Servitekar, serta peniaga Goodyear sah di seluruh negara.

Info:
Goodyear Eagle F1 Asymmetric 3

* Harga bermula RM668 hingga RM1,820 termasuk GST

* Boleh didapati di kedai Goodyear Autocare, Servitekar dan peniaga Goodyear sah

* Teknologi Grip Booster

* Tawar perbatuan tambahan sehingga 11,500 km

* Saiz 17 hingga 34 (variasi diameter rim)

Berita Harian X