Selasa, 13 Jun 2017 | 4:43pm

Seorang cedera tembakan di stesen kereta api Munich


SEORANG cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api di Munich. - Foto EPA

BERLIN: Sekurang-kurangnya seorang cedera dalam kejadian tembakan di stesen kereta api di Munich hari ini, kata polis Jerman dalam Twitter.

Menurutnya, polis menutup kawasan kejadian dan radio awam Bavaria yang memetik polis berkata ia bukan serangan pengganas.

"Ia tidak mengancam keselamatan awam," kata jurucakap polis.

Radio Bavaria melaporkan: "Menurut maklumat polis, kejadian itu bukan serangan pengganas." - Reuters

Berita Harian X