Rabu, 14 Jun 2017 | 1:55pm

Sambung reman suspek tikam bekas kekasih

LELAKI yang menikam bekas teman wanitanya di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Langgar, Alor Setar, Isnin minggu lalu, disambung reman selama tujuh hari. - Foto Sharul Hafiz Zam

ALOR SETAR: Lelaki yang menikam bekas teman wanitanya di tepi jalan Taman Serindit, Jalan Langgar, dekat sini, Isnin minggu lalu, disambung reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek berusia 23 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabkan kecederaan parah.

"Sebelum ini kita sudah mendapat reman tujuh hari tetapi bagi membolehkan siasatan lengkap dilakukan, kita membuat permohonan tambahan dan memperoleh selama tujuh hari," katanya.

Rabu lalu, suspek ditahan di hadapan sebuah hotel di Pekan Rabu, dekat sini, selepas kira-kira 48 jam menyembunyikan diri sejurus menikam bekas teman wanitanya itu.

Dua hari sebelum itu, Hazwani Ismail, 23, cedera ditikam empat kali di bahagian perut oleh bekas teman lelakinya, dipercayai akibat tidak berpuas hati kerana hubungan mereka sudah berakhir.

Hazwani selamat menjalani pembedahan hampir empat jam di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Dia dilaporkan stabil tetapi masih trauma.

Berita Harian X