Jumaat, 16 Jun 2017 | 11:15am

Bunuh: 2 rakan ke tali gantung


R SARAVANAN 35, (dua kanan) dan K Ganesan 47, dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh seorang pengawal keselamatan, K Gobinathan di belakang sebuah restoran di Medan Klebang Restu, Chemor dua tahun lalu di Mahkamah Tinggi Ipoh. - Foto Abdullah Yusuf

IPOH: Dua rakan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana didapati bersalah membunuh seorang pengawal keselamatan di belakang sebuah restoran dekat Chemor di sini, dua tahun lalu.

Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman S M Komathy Suppiah selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah dalam kes berkenaan.

Tertuduh R Sarananan, 35 dan K Genasana, 47, dituduh membunuh K Gobinathan, antara jam 12 tengah hari dan 1 tengah hari di belakang Restoran Nashmeer di Medan Klebang Restu, Chemor pada 5 Julai 2015.

Kedua-dua tertuduh yang sebelum ini didakwa secara berasingan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong.

R Saravana diwakili peguam S Saravanan manakala K Genasana diwakili peguam Charan Singh.

Berita Harian X