Sabtu, 17 Jun 2017 | 5:53pm
SEBUAH lori terbalik di lorong kiri di Kilometer 257.9 PLUS selepas Terowong Menora arah utara dekat Ipoh mengakibatkan kesesakan sejauh lapan kilometer, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
SEBUAH lori terbalik di lorong kiri di Kilometer 257.9 PLUS selepas Terowong Menora arah utara dekat Ipoh mengakibatkan kesesakan sejauh lapan kilometer, petang tadi. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN kesesakan di Kilometer 257.9 PLUS selepas Terowong Menora arah utara.

Lori terbalik, lebuh raya sesak 8 km


SEBUAH lori terbalik di lorong kiri di Kilometer 257.9 PLUS selepas Terowong Menora arah utara dekat Ipoh mengakibatkan kesesakan sejauh lapan kilometer, petang tadi. - Foto ihsan pembaca

IPOH: Satu kemalangan membabitkan lori dan bas berlaku di Kilometer 257.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora dekat sini, mengakibatkan kesesakan sehingga lapan kilometer petang tadi. 

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS) berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.24 petang membabitkan sebuah lori yang terbalik di lorong kiri selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas. 

"Lori berkenaan yang terbalik mengakibatkan laluan di lorong kiri terhalang manakala bas berkenaan tidak mengalami kerosakan teruk dan mampu meneruskan perjalanan," katanya sambil menjelaskan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku, ketika dihubungi sebentar tadi. 

Beliau berkata, lori berkenaan berjaya dialihkan kira-kira jam 5.30 petang tadi dan kedua-dua lorong sudah dibuka. 

Bagaimanapun, katanya, trafik masih mengalami kesesakan sejauh kira-kira lapan kilometer.

Berita Harian X