Selasa, 20 Jun 2017 | 11:55am

Kad Komuter Link percuma sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: KTM Komuter menawarkan kad Komuter Link percuma sempena promosi Aidilfitri dari 22-24 Jun ini.

Pengguna hanya perlu membayar RM10 untuk nilai simpan yang sudah tersedia dalam kad itu.

Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak, berkata kad Komuter Link itu boleh diperoleh menerusi pasukan bergerak #yourbuddy di stesen KL Sentral dan Bandar Tasik Selatan.

"Kad Komuter Link ini selain mengelakkan kesesakan ia juga menjimatkan perbelanjaan apabila diskaun sebanyak 20 peratus akan dinikmati pengguna untuk setiap transaksi perjalanan berbanding membeli tiket secara tunai," katanya.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-22671200 atau laman twitter @ktm_berhad.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X