Rabu, 21 Jun 2017 | 4:20pm

eCurve rai 24 anak yatim, miskin


SERAMAI 24 anak yatim dan miskin diraikan pengurusan kompleks beli-belah, eCurve.

PETALING JAYA: Seramai 24 anak yatim dan miskin diraikan pengurusan kompleks beli-belah, eCurve, dengan pelbagai aktiviti serta sumbangan sempena Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Sejurus tiba, penghuni rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN) itu berpeluang menyertai pertandingan bowling yang disediakan di Ampang Superbowl kompleks berkenaan.

Mereka kemudian dibawa meninjau pameran sempena sambutan Aidilfitri.

Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham Ahmad, berkata pihaknya amat berbesar hati dapat meraikan kegembiraan Aidilfitri dengan kanak-kanak terbabit.

"Kami berharap ia memberi makna mendalam kepada mereka," katanya.

Kanak-kanak terbabit menerima beg hadiah, duit raya dan menikmati juadah berbuka puasa di restoran The Manhattan Fish Market.

Berita Harian X