Jumaat, 23 Jun 2017 | 11:54am
SESAK ... Kenderaan yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Utara sesak dan bergerak perlahan ketika tinjauan di KM 315 arah Utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira pukul 10 pagi tadi tadi. - Foto BERNAMA
ALIRAN trafik di lebuh raya PLUS arah Utara bergerak perlahan pada jam 10 pagi tadi. - Foto Abdullah Yusof

Laluan lebuh raya mulai sesak pagi ini

TAPAH: Laluan lebuh raya menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur mulai sesak pagi ini tetapi berjalan lancar dan teratur.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, JBPM yang melakukan tinjauan melalui udara bermula jam 9.30 pagi tadi mendapati semua laluan keluar dari ibu negara berjalan lancar.

Katanya, ia membabitkan Plaza Tol Sungai Besi bagi laluan ke selatan, Plaza Tol Gombak (Pantai Timur) dan Plaza Tol Duta bagi laluan ke utara.

"Tinjauan dari udara sehingga jam 10.30 pagi tadi mendapati ada sedikit kesesakan di sekitar kawasan Slim River dan Tapah, selain difahamkan di kawasan laluan mendaki di antara Tapah ke Gopeng.

"Bagaimanapun, ini adalah kesesakan biasa musim perayaan, bukan sesuatu yang luar biasa dan dijangka kenderaan semakin meningkat menjelang tengah hari ini," katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan itu di Pusat Kawalan Bomba di Plaza Tol Tapah di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Pengarah JBPM Perak, Datuk Yahaya Madis.

Wan Mohd Nor berkata, tinjauan turut mendapati semua kenderaan mematuhi peraturan iaitu tidak melalui lorong kecemasan manakala kenderaan berat berada di lorong kiri.

Beliau juga berkata, pihaknya meletakkan anggota di 14 lokasi di Lebuhraya Utara Selatan sepanjang Ops Raya daripada 18 Jun hingga 2 Julai ini bagi bertugas menangani sebarang panggilan kecemasan di lebuh raya itu.

Oleh itu, katanya, pasukan itu menjangka 'responce time' atau masa bertindak balas apabila mendapat panggilan kecemasan di lebuh raya berkenaan dapat dilakukan kurang 10 minit, iaitu lima minit lebih cepat daripada biasa.

  

Berita Harian X