Isnin, 26 Jun 2017 | 4:01pm

Aliran trafik masih perlahan


Keadaan trafik pada Hari Raya ke 2 hari ini bergerak perlahan susulan orang ramai mula pulang ke kampung halaman dan keluar beridah bersama keluarga bagi menyambut perayaan Aidilfitri di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur masuk Plaza tol Seremban dan Port Dickson. STR/ADZLAN SIDEK

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 3 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berkata, trafik bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Tapah ke Gopeng dan dari Jelapang ke Sungai Perak berikutan peningkatan kenderaan.

"Selain itu, aliran trafik turut dilaporkan bergerak perlahan dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar dan dari Bukit Tambun menuju Bandar Cassia.

"Di selatan, kesesakan lebih dua kilometer di Km 282.9 dari Nilai ke Bandar Ainsdale akibat kereta rosak yang menghalang lorong tengah," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik dilaporkan sesak selepas Plaza Tol Gombak sehingga sebelum susur Genting Highlands.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

Berita Harian X