Selasa, 27 Jun 2017 | 6:42pm
HENTIAN R&R Genting Sempah sedikit sesak ketika tinjauan aliran trafik pada jam 3 petang. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
TINJAUAN di Lebuhraya PLUS dari arah Sungai Dua ke Juru dekat Seberang Jaya jam 3.30 petang bilangan kenderaan bertambah berikutan orang ramai mula pulang ibu kota. - Foto Ramdzan Masiam

Aliran trafik mulai perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mulai perlahan setakat jam 6 petang ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berkata kenderaan mula bergerak perlahan dari Ipoh dan Gopeng menuju ke Simpang Pulai, Kuala Kangsar ke kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak dan sebelum Bukit Merah sehingga sebelum Cangkat Jering.

"Trafik turut dilapor perlahan selepas Tapah ke Gua Tempurung dan Bidor menuju Sungkai berikutan peningkatan kenderaan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik dilapor sesak selepas Plaza Tol Bentong ke Lentang dan kawasan R&R Gombak ke Plaza Tol Gombak.

Kesesakan turut dikesan di laluan keluar dan masuk Plaza Tol Terengganu dan dari Pagoh ke Tangkak, Jasin ke Hentian Kampung Bemban, sebelum Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Senawang ke Port Dickson.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

23 dibaca
Berita Harian X