Rabu, 28 Jun 2017 | 1:20am

Serangan siber jejas operasi di Eropah, AS


GELOMBANG serangan siber yang berulang ini menimbulkan persoalan bagaimana syarikat dapat melindungi diri mereka secara efektif. - Foto fail AFP

PARIS: Satu serangan siber besar semalam menjejaskan operasi bank, sektor korporat dan infrastruktur di Ukraine dan Russia sebelum ia merebak ke Eropah barat selain Amerika Syarikat (AS).

Menurut pakar, virus itu adalah versi diubahsuai yang dikenali Petya ransomware yang menyerang tahun lalu dan menuntut wang daripada mangsa sebagai pertukaran data mereka.

Satu lagi virus sama dikenali WannaCry menjangkiti lebih 200,000 komputer di lebih 150 negara, bulan lalu.

Di Eropah, syarikat pengangkutan laut Denmark, Maersk, syarikat pengiklanan gergasi British, WPP dan kumpulan perindustrian Perancis, Saint-Gobain yang semuanya diserang seperti mana dilakukan terhadap kumpulan farmaseutikal Amerika Syarikat, iaitu Merck.

Gelombang serangan yang berulang ini menimbulkan persoalan bagaimana syarikat dapat melindungi diri mereka secara efektif.

Berikut senarai syarikat dan pertubuhan yang dikatakan menjadi mangsa dalam serangan terkini.

1. Bank Pusat Ukraine, Bank Kebangsaan Ukraine

2. Bank Oschadbank (Ukraine)

3. Syarikat perkhidmatan Nova Poshta (Ukraine)

4. Rosneft, syarikat minyak gergasi Russia

5. Kyivenergo, syarikat jana kuasa Kiev (Ukraine)

6. Sistem pemantau radiasi di Chernobyl (Ukriane)

7. Laman web lapangan antarabangsa Boryspil Kiev (Ukraine)

8. Maersk, syarikat pengangkutan laut Denmark

9. WPP, syarikat pengiklanan British

10. Saint-Gobain, syarikat kumpulan industri Perancis

11. Merck, syarikat gergasi farmasi Amerika Syarikat

AFP

Berita Harian X