Sabtu, 1 Julai 2017 | 2:22pm

Pemandu Kenari parah dirempuh lori


KERETA Kenari remuk dirempuh lori di Jalan Bakam.

MIRI: Pemandu kereta Kenari berusia 40 tahun cedera parah selepas kenderaannya remuk dirempuh lori di Jalan Miri-Bintulu jam 10.30 pagi tadi.

Identiti pemandu itu belum dikenal pasti dan lelaki itu sudah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Miri. 

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata, pemandu lori tidak cedera.

"Punca kemalangan masih disiasat. Lori yang merempuh kenderaan mangsa datang dari arah Miri menuju ke Bintulu," katanya hari ini.

Berita Harian X