Ahad, 2 Julai 2017 | 1:09am
PENUNJUK perasaan berarak ke Dataran Parlimen. - Foto EPA
PENUNJUK perasaan berarak ke Dataran Parlimen. - Foto EPA

Penunjuk perasaan desak May berundur

LONDON: Perdana Menteri Theresa May didesak supaya meletak jawatan selepas mencatat pencapaian buruk pada pilihan raya lalu.

Dalam tunjuk perasaan yang disertai ribuan penduduk, wanita itu didesak melepaskan jawatannya, sekali gus mengakhiri kempen berjimat cermat di dalam perkhidmatan awam.

Penunjuk perasaan dilihat membawa pelbagai jenis sepanduk yang tertulis 'No More Austerity', 'Cuts Cost Lives' dan 'Tories Out'.

Selepas bertafakur di hadapan Menara Grenfell yang terbabit dalam kebakaran dan mengorbankan lebih 80 nyawa itu, mereka kemudian berarak ke Dataran Parlimen untuk mendengar ucapan oleh pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn.

Tunjuk perasaan itu mendapat sokongan kesatuan dan dianjurkan sehari selepas kebakaran dahsyat di Menara Grenfell pada 14 Jun lalu.

Siasatan ke atas tragedi itu masih berjalan namun pengkritik berkata ia tidak menepati standard sepatutnya, susulan daripada kempen berjimat cermat yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

May yang kehilangan majoriti di Parlimen dalam keputusan pilihan raya itu mencatat kemenangan tipis hasil sokongan parti konservatif Ireland Utara, DUP. - AFP

Berita Harian X