Rabu, 27 Ogos 2014 | 8:01pm
PEMAIN badminton negara, Cheam June Wei (kiri) bersama pemain Hong Kong, Ng Tsz Ya berjaya memenangi pingat emas dalam acara akhir beregu campuran antarabangsa di Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Pusat Sukan Gymnasium di Nanjing hari ini. Cheam dan Ng Tsz Ya menewaskan lawan mereka dari Jepun, Tsuneyama Kanta yang berpasangan dengan pemain dari Taiwan, Lee Chia Hsin dengan 21-14 dan 23-21.- Foto Bernama

ATLET terjun negara, Loh Zhiayi memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 3 meter papan anjal pada temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) di Pusat Sukan Olimpik, Nanjing di sini hari ini. Zhiayi memperoleh 446.70 mata. - Foto Bernama

Malaysia akhiri YOG 2014 dengan satu pingat emas, dua perak dan satu gangsa

NANJING: Kontinjen negara pada Temasya Sukan Olimpik Remaja (YOG 2014) Kedua, di sini mengakhiri cabaran temasya sukan remaja terbesar dunia itu dengan membawa pulang sebutir pingat emas, dua perak serta satu gangsa.

Keputusan itu mengatasi pencapaian kontinjen negara pada edisi pertama YOG di Singapura empat tahun lalu yang menyaksikan hanya ratu terjun negara, Pandelela Rinong membawa pulang dua pingat perak.

Empat pingat negara pada YOG 2014 masing-masing disumbangkan oleh pemain badminton pelapis negara Cheam June Wei yang meraih emas dalam acara beregu campuran antarabangsa; penerjun pelapis negara Loh Zhiayi memenangi perak dalam acara 10m platform individu dan gangsa bagi acara 3m papan anjal individu wanita serta pemanah negara, Muhamad Zarif Syahiir Zolkifli, yang mendapat pingat perak acara recurve campuran antarabangsa.

Zhiayi gagal menyumbang pingat pada hari terakhir cabaran temasya itu apabila hanya menduduki tempat ketujuh acara terjun berkumpulan antarabangsa di Nanjing OSC Natatorium, hari ini.

Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini tidak meletakkan sebarang sasaran pingat kepada kontinjen negara di YOG 2014 kerana beranggapan temasya itu sebagai medan pendedahan awal buat atlet baharu di pertandingan bertaraf antarabangsa sebelum mengalas cabaran ke peringkat lebih tinggi.

Kontinjen negara yang diketuai bekas pemain badminton negara, Wong Pei Tty, mengambil bahagian dalam 10 daripada 28 jenis acara yang dipertandingkan.

Acara berkenaan ialah akuatik (renang dan terjun), badminton, gimnastik (artistik dan gimrama), golf, memamah, menembak, olahraga, pelayaran, taekwondo, dan juga ekuestrian.

China muncul juara YOG 2014 selepas mengumpul 38 pingat emas, 10 perak dan 13 gangsa diikuti Russia di tempat kedua dengan 23 emas, 18 perak dan 11 gangsa untuk mengatasi pencabar terdekat, Amerika Syarikat yang sehingga kini mengumpul sembilan pingat emas, dua perak dan enam gangsa. - BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X