Sabtu, 8 Julai 2017 | 1:09pm

Ringo Starr umum album baharu

LOS ANGELES: Bekas pemain dram Beatles, Ringo Starr, meraikan ulang tahun kelahirannya ke-77 semalam dengan mengumumkan album baharu yang turut menampilkan bekas anggota kumpulan berkenaan, Paul McCartney.


BEKAS pemain dram Beatles, Ringo Starr. - Foto AFP

Album solo Starr ke-19 itu 'Give More Love' akan dilancarkan pada 15 September ini dan menampilkan McCartney dalam dua lagu iaitu 'We're on the Road Again' dan 'Show Me the Way', yang ditujukan kepada isteri Starr, Barbara Bach.

"Kami masih kawan. Beliau ada kehidupan sendiri. Saya juga melakukan banyak rakaman dan beliau ada di sini.

"Saya menghubunginya dan berkata: 'Saya ada lagu untuk kamu mainkan,'" katanya mengenai McCartney.

Beliau menyifatkan bekas rakan sekumpulannya itu sebagai pemain bass paling bermelodi di dunia.

"Saya sukakan cara beliau bermain," katanya.

Starr mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya di tempat awam setiap tahun meningkatkan kesedaran mengenai mesej aman dan kasih sayangnya.

Semalam, beliau mengetuai orang ramai berkumpul di bawah panas matahari di jalan raya Hollywood dengan melaungkan "keamanan dan kasih sayang".

Menyertai beliau di atas pentas ialah tetamu termasuk pemain gitar, Joe Walsh yang juga anggota kumpulan Starr dan saudara ipar lelakinya yang juga pengarah Twin Peaks, David Lynch.

24 dibaca
Berita Harian X