Isnin, 10 Julai 2017 | 11:21am
BOMBA terpaksa menggunakan kren bagi mengeluarkan 4 mayat mangsa yang tersepit.
BOMBA terpaksa menggunakan kren bagi mengeluarkan 4 mayat mangsa yang tersepit.
KEADAAN van yang dihempap lori tangki dalam kemalangan di Jalan Lahad Datu - Tungku, pagi tadi. - Foto Ainul Durmahyanty Durming
KEADAAN van yang dihempap lori tangki dalam kemalangan di Jalan Lahad Datu - Tungku, pagi tadi. - Foto Ainul Durmahyanty Durming

4 maut van bertembung lori tangki

LAHAD DATU: Empat maut selepas van dinaiki bertembung dengan lori tangki sebelum dihempap kenderaan berat itu di Jalan Lahad Datu Tungku, Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, mangsa membabitkan dua lelaki dan dua wanita dewasa tetapi identiti mereka belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood, berkata sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 5.59 pagi.

"Sebaik tiba, kita dapati sebuah van dihempap lori tangki berada dalam parit dan anggota bomba terus mengeluarkan mangsa dalam van berkenaan.

"Operasi menggunakan tiga kren dan semua mangsa dikeluarkan pada jam 9.22 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Berita Harian X