Rabu, 12 Julai 2017 | 6:43pm

Harga petrol, diesel naik lagi


HARGA mingguan bagi petrol dan diesel. - Grafik BH Online

KUALA LUMPUR: Harga mingguan bagi petrol dan diesel naik lagi mulai tengah malam ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik empat sen dan tiga sen.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.97 seliter manakala RON97 ialah RM2.22 seliter.

Harga diesel pula naik lima sen kepada RM1.96 seliter.

Sementara itu, harga mingguan 6-12 Julai bagi RON95 ialah RM1.93 seliter dan RON97 ialah RM2.19 seliter.

Harga diesel ialah RM1.91 seliter.

Berita Harian X