Isnin, 19 Januari 2015 | 11:53am
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan dua kereta elektrik (EV) model Renault Zoe yang akan digunakan bagi urusan rasmi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) daripada CMS Consortium Sdn Bhd (COMOS) di Pusat Informasi Iskandar Malaysia, Danga Bay, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

Sultan Johor berkenan rasmi dua kereta EV untuk kegunaan IRDA

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan merasmikan dua kereta elektrik (EV) model Renault Zoe yang akan digunakan bagi urusan rasmi Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Pelancaran itu bersempena lawatan kerja Sultan Johor ke IRDA, hari ini.

Dua unit EV itu disewa IRDA selama tiga tahun daripada CMS Consortium Sdn Bhd (COMOS) di bawah Pakej Pemajakan dan Penjenamaan Kenderaan Korporat COMOS.

Berita Harian X