Ahad, 16 Julai 2017 | 12:30am

Malaysia hantar kontinjen kecil ke Bahamas


SERAMAI 14 atlet bertanding dalam acara renang, olahraga dan basikal diiring 7 pegawai ke temasya Sukan Remaja Komanwel ke 6 di Nassau, Bahamas. - Foto Owee Ah Chun

KUALA LUMPUR: Malaysia hanya akan menghantar 14 atlet menyertai tiga acara pada Sukan Belia Komanwel di Nassau, Bahamas, enam hari mulai Selasa ini.

Acara itu ialah akuatik dan olahraga masing-masing lima atlet dan berbasikal seramai empat atlet.

"Kita menghantar 21 orang yang terdiri 14 atlet dan tujuh pegawai pengiring yang diketuai Chef de Mission (CDM), Wong Choon Han.

"Harapan kita bagi kejohanan ini ialah sukar untuk memenangi pingat kerana tiga acara tersebut adalah Sukan Komanwel yang terbaik di dunia," kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tunku Imran Tuanku Ja'afar di sini, hari ini.

Katanya, atlet remaja yang menyertai pertandingan itu akan mendapat pengalaman bagus dan berharga yang akan memanfaat mereka di masa depan.

"Ini peluang bagi mereka untuk memahami bagaimana peringkat Sukan Komanwel dan mereka boleh bandingkan diri mereka dengan atlet lain dunia, " katanya.

Selain tiga acara itu, turut dipertandingkan ialah bola sepak pantai, tinju, judo, ragbi 7's dan tenis.

Penyertaan terbaik Malaysia ialah pada 2015 di Samoa dengan memperoleh 11 emas, tiga perak dan tiga gangsa dan menduduki tempat keempat keseluruhan.

Senarai atlet:

Olahraga:

Ngu Ing Biao, Muhammad Solihin Jamali, Muhammad Ilham Suhaimi, Azreen Nabila Alias ​​dan Nur Ayna Nuha Maton

Berbasikal:

Wan Abd Rahman Hamdan, Muhammad Nur Aiman ​​Rosli, Ezzatie Fifiyana Syazwanie Shaiful Hisham dan Putri Rabiatul Nisa Rozaman

Akuatik:

Ng Yi Hao, Wong Jun Bin, Angelina Chan, Arvin Shaun Singh Chalal dan Lim Yin Chuen.

BERNAMA

Berita Harian X