Ahad, 16 Julai 2017 | 8:32am

Hamilton sambar petak pertama GP British


Pemandu F1 Mercedes, Lewis Hamilton (tengah) Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British meraikan selepas memenangi kedudukan petak hadapan, kedua meletakkan pemandu Finlandia Ferrari Kimi Raikkonen (kiri) dan ketiga pemandu Ferarri, Sebastian Vettel pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British. - Foto AFP

SILVERSTONE: Lewis Hamilton menyambar petak hadapan kelima pada perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) British dengan persaingan sengit dalam pusingan kelayakan yang diselubungi cuaca hujan, semalam.

Juara dunia tiga kali itu menceriakan peminat tuan rumah dengan catatan sepusingan terpantas satu minit 26.6 saat untuk mengatasi pencabar terdekatnya, Kimi Raikkonen dari Ferrari yang akan bermula di petak kedua.

"Kita sentiasa berusaha menyimpan yang terbaik hingga terakhir," kata Hamilton yang terpaksa memberi penjelasan kepada pegawai perlumbaan kerana didakwa menghalang Romain Grosjean tetapi didapati tidak bersalah.

"Saya cukup selesa dengan keadaan ini. Ia adalah keadaan yang saya dapat rasakan seperti ketika kami membesar dengan berlumba di England."

Grosjean dari Haas mendakwa dihalang dan ketinggalan 3.10s, sambil berkata Hamilton tidak menunjukkan usaha untuk memberi laluan kepada dirinya.

Hamilton kini menyamai rekod 50 tahun milik Jim Clark yang menjadi pemandu meraih petak hadapan lima kali di GP British dan 67 secara keseluruhan dalam kerjayanya, ketinggalan satu untuk menyamai rekod Michael Schumacher.

Hamilton dalam misi memburu gelaran keempat berturut-turut di Silverstone dan mencatat kejuaraan kelima keseluruhannya pada perlumbaan malam ini.

Pendahulu kejuaraan dunia, Sebastian Vettel akan bermula di petak ketiga diikuti Valtteri Bottas keempat. - AFP

Kedudukan:

Baris 1
Lewis Hamilton (GBR/Mercedes)
Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari)

Baris 2
Sebastian Vettel (GER/Ferrari)
Max Verstappen (NED/Red Bull)

Baris 3
Nico Hulkenberg (GER/Renault)
Sergio Perez (MEX/Force India)

Baris 4
Esteban Ocon (FRA/Force India)
Stoffel Vandoorne (BEL/McLaren)

Baris 5
Valtteri Bottas (FIN/Mercedes)
Romain Grosjean (FRA/Haas)

Baris 6
Jolyon Palmer (GBR/Renault)
Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso)

Baris 7
Carlos Sainz Jr (ESP/Toro Rosso)
Felipe Massa (BRA/Williams)

Baris
Lance Stroll (CAN/Williams)
Kevin Magnussen (DEN/Haas)

Baris 9
Pascal Wehrlein (GER/Sauber)
Marcus Ericsson (SWE/Sauber)

Baris 10
Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull)
Fernando Alonso (ESP/McLaren)

Berita Harian X